Jabatan Neurosurgeri

MR. (DR) VINODH VAYARA PERUMALL
-
vinodhvayara[at]moh[dot]gov[dot]my
PENDAHULUAN
VISI
MISI
OBJEKTIF
-
Menyiasat dan memberikan rawatan kepakaran secara pembedahan atau perubatan keatas semua penyakit-penyakit otak dan saraf.
-
Memberikan latihan kepada staf-staf sokongan seperti Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat terlatih tentang “OT Technique”, “patient care” dan “ward management” didalam bidang perawatan Neurosurgeri.
PIAGAM PELANGGAN
-
Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Rawatan Pakar yang cekap dan berkualiti melalui amalan budaya penyayang, profesionalisma, kerja berpasukan, berteknologi sesuai dan serasi pelanggan bagi memenuhi Keperluan Pelanggan dan Warga Kerja.
-
Memastikan perkhidmatan rawatan mengikut piawaian yang diterima pakai melalui system pemantauan yang berterusan dan kemahiran profesionalisma melalui latihan dalam pembelajaran berterusan.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Rawatan Pesakit luar bagi kes-kes rujukan baru dan ulangan di Klinik Pembedahan Neuro (Neurosurgeri).
Klinik Pakar Neurosurgeri menyediakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bagi kes rujukan baru dan ulangan serta pada hari Jumaat bagi kes-kes temujanji khas dan prosedur-prosedur ringan.Klinik ini dijalankan dua sesi iaitu pagi dan petang (kecuali Cuti Umum).
Semua pesakit diberikan pemeriksaan dan penyiasatan yang teliti yang mana pesakit dan waris-waris mereka diberikan penerangan yang teliti tentang cara perawatan dan risiko jika ada mengenai sesuatu penyakit.
Perancangan dan perbincangan dengan pengarah hospital-hospital daerah seluruh Negeri Pahang telah direncanakan bagi menjayakan program tersebut bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan pesakit-pesakit neurosurgeri serta waris-waris datang bagi temujanji berhampiran dengan tempat tinggal mereka . Ianya mengurangkan kos dan bebanan kepada waris dan pesakit itu sendiri.
Buat masa ini,hanya Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoShas), Temerloh yang telah dilaksanakan dan akan diteruskan kepada hospital-hospital daerah yang lain pada masa akan datang apabila mempunyai tenaga kerja yang mencukupi.
Berfungsi sebagai pusat rujukan bagi seluruh negeri Pahang . Jabatan ini sedia menerima dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada semua keskes yang dirujuk oleh manamana fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.
Memberikan perawatan kepakaran Neurosurgeri yang bermutu kepada semua pesakit -pesakit yang di masukkan ke wad Neurosurgeri dan Neurosurgery High Dependency Ward/Unit (NHDU).
Memberikan rawatan pembedahan kepakaran Neurosugeri melibatkan otak,tulang belakang (spine) dan saraf tunjang. Perkhidmatan ini meliputi pembedahan kecemasan dan elektif kepada pesakit serta menjalankan pembedahan bersama ‘combine’ dengan lain-lain kepakaran pembedahan seperti Spinal Orthopedik, ENT dan lain-lain.
JADUAL RINGKAS KLINIK PAKAR
HARI | 8.00 AM- 1.00 PM | 2.30 PM- 5.00 PM |
ISNIN-KHAMIS | KES-KES RUJUKAN BARU & ULANGAN | KES-KES RUJUKAN BARU & ULANGAN |
8.00 AM-12.15 TGH | 2.45 PM-5.00 PM | |
JUMAAT | KES-KES TEMUJANJI KHAS & PROSEDUR RINGAN | KES-KES TEMUJANJI KHAS & PROSEDUR RINGAN |
SABTU/AHAD & CUTI UMUM | TUTUP |
JADUAL TUGASAN LUAR KLINIK NEUROSURGERI
|
ISNIN | SELASA | RABU | KHAMIS | JUMAAT |
PAGI |
|
|
|
|
|
PETANG |
|
|
|
|
|
Pembedahan kecemasan akan dilakukan setiap hari. Pembedahan elektif hari Sabtu mengikut jadual
Tarikh Kemaskini : 3 September 2025