Skip to main content

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Soalan Lazim

Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran?

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.

Berapakah caj kemasukan atau cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?

Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM800 bagi kes Sakit Puan.

Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital?

Bagi semua kes penyakit berjangkit ianya adalah percuma, namun bagi mereka berpendapatan bawah RM300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat/MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan, pemotongan@pengecualian boleh dipertimbangkan.

Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL).

Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan?

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak. Manakala pesakit dewasa cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.

Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.