Kepentingan Solat Ketika Sakit
- bukti cinta yang tidak berbelah bahagi
- tanda kesabaran dalam menghadapi ujian
- tanda keinsafan ke atas dosa dan maksiat
- sebagai satu cara untuk memohon penyembuhan segera dari Allah
Solat Wajib Didirikan Pada Waktunya
Solat 5 waktu adalah kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Selagi seseorang itu berakal, kewajipan solat tetap dituntut sekalipun dalam keuzuran (sakit) atau 'masyaqqah' (kesukaran berat), solat wajib didirikan mengikut keupayaan.