Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cekap, berkemampuan dan saksama kepada semua golongan masyarakat melalui penggunaan teknologi yang sesuai serta memenuhi kehendak alam sekitar dan kehendak pelanggan; dengan penekanan kepada kualiti, inovasi, promosi kesihatan dan menghormati harga diri serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan komuniti terhadap kehidupan yang berkualiti, bagi mencapai wawasan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat.