Skip to main content

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Caj dan Bayaran

CAJ WAD, PENDAHULUAN DAN BAYARAN

Bayaran pendahuluan (deposit) untuk masuk ke wad adalah berbeza dari seorang ke seorang bergantung kepada kelas wad. Jika seorang pesakit yang dimasukkan ke wad & kemudiannya dipindahkan ke kelas wad yang lebih tinggi atas permintaannya, hendaklah membayar semua caj rawatan mulai dari tarikh pesakit tersebut dimasukkan ke wad kecuali caj wad.

Jadual berikut menunjukkan caj dan bayaran deposit untuk warganegara Malaysia dan warganegara asing.