1. Setiap pelanggan akan menerima rawatan, penjagaan perubatan yang selamat, professional dan berkualiti.
2. Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.
3. Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa maruahnya akan dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya kepada pelanggan dirahsiakan dan hanya akan dimaklumkan kepada pihak tertentu dengan keizinan pelanggan terlebih dahulu dan tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada.
4. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, cekap dan amanah.
5. Setiap pelanggan atau waris akan diberi maklumat yang jelas tentang keadaan, penyakit dan rawatan termasuk risiko yang berkaitan serta rawatan alternatif lain.
6. Setiap pelanggan digalakkan untuk mengemukakan sebarang cadangan kepada pengurusan hospital untuk tindakan sewajarnya.