Skip to main content

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Informasi Terkini

KURSUS "PAHANG THYROID MASTERCLASS 3.0"

Perkhidmatan Endokrin Negeri Pahang akan menganjurkan Kursus Pahang Thyroid Masterclass 3.0 pada ketetapan yang berikut:

  • Tarikh: 8hb Ogos 2020
  • Tempat: Hotel Megaview
  • Masa: 00 am – 5.00 pm
  • Sasaran peserta: Kakitangan Kesihatan dari sektor Kerajaan dan swasta yang terlibat dalam perawatan pesakit yang mengalami penyakit tiroid.
  • Jumlah peserta: Terhad kepada 150 orang Sahaja

Kursus ini merupakan siri ke-3 yang dianjurkan secara dwitahunan. Objektif kursus ini adalah untuk memperkukuh pengetahuan serta memantapkan kemahiran para peserta dalam pengurusan penyakit tiroid. Topik yang dibincangkan merangkumi aspek hipertiroidisme, hipotiroidisme, gangguan tiroid subklinikal, penyakit tiroid semasa kehamilan, nodul tiroid, penyakit mata tiroid, kecemasan tiroid, serta interpretasi ujian fungsi tiroid.

Kami mengalu-alukan penyertaan anda bagi memeriahkan kursus ini serta merebut peluang untuk berinteraksi dan bertukar pandangan bersama para penceramah yang terdiri daripada Pakar Endokrin dari Negeri Pahang, Institut Endokrin Putrajaya, serta Pakar Orbit yang berpengalaman.

 

Pautan untuk pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd12PAbzN0W7GPHKnYC-qkbuT-E332HLe6SxNWwTJARFycmjw/viewform?usp=dialog