Bermula 13 November, Jabatan Transfusi mengadakan program "Adiwira Darah Pahang", satu program untuk menggalakkan pendermaan secara konsisten dalam kalangan penderma darah serta memberi penghargaan kepada Adiwira Darah Pahang.
Sekitar pelancaran Program Adiwira Darah Pahang, seramai 128 orang Adiwira telah hadir menuntut medal penghargaan dan cenderahati setakat ini. Tahniah diucapkan kepada Adiwira Platinum, Adiwira Emas, Adiwira Perak, Adiwira Gangsa dan Adiwira Konsisten yang sejati, sentiasa menderma darah demi menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit. Kami sangat menghargai pengorbanan adiwira semua.Terima kasih juga kerana sudi hadir serta memeriahkan program.
Maklumat lanjut aktiviti boleh layari Laman FB HTAA di sini
https://www.facebook.com/share/p/14PRA6BPMQF/?mibextid=wwXIfr