Kemudahan Awam

Mesin ATM
Terdapat 2 mesin ATM yang beroperasi di HTAA iaitu mesin ATM Cimb dan Bank Rakyat yang diletakkan bersebelahan bersebelahan Hospimart. Mesin ini berada di aras bawah bangunan utama.

Farmasi Pandu Lalu
Kemudahan ini disediakan untuk pesakit berdaftar yang ingin mengambil ubat yang telah ditetapkan. Ia terletak di luar Lobi Makmur berhampiran Farmasi dan Unit Hasil.

Surau
HTAA menyediakan kemudahan bilik solat untuk kegunaan pengguna Islam dengan menyediakan beberapa surau di lokasi yang sesuai untuk kemudahan pengunjung. Antara lokasi surau ialah Tingkat 4, Bangunan ACC, bersebelahan kafetaria, bersebelahan parking kerete Jabatan Kecemasan dan Trauma dan di wad-wad kecemasan.

Hospimart Shoppe
Salah satu kemudahan yang terdapat di HTAA adalah pasar mini iaitu Hospimart Shoppe. Hospimart menyediakan dua perkhidmatan jualan iaitu menjual pelbagai jenis barang keperluan harian, makanan seperti biskut, buah-buahan, minuman sejuk berkotak/bertin/berbotol, suratkhabar, majalah, buku, 'top-up' dan servis mengecas telefon bimbit

Kedai Runcit
Bersebelahan kafetaria, terdapat sebuah kedai runcit mini yang turut menjual majalah, suratkhabar, minuman makanan kering dan roti.

Taman
Taman-taman ini disediakan oleh hospital adalah tempat yang menarik untuk pelawat istirehat dan menenangkan fikiran.

Kamar Transit
Kemudahan kamar transit ini disediakan untuk pesakit yang telah dibenarkan discaj sementara menunggu keluarga terdekat datang mengambil. Terletak berdepan dengan Hospitamart di aras bawah Bangunan Utama.