Caj dan Bayaran Warganegara
A. Deposit
Bayaran deposit kemasukan wad dikenakan kepada pesakit berikut :
1. Orang Awam
2. Penjawat Awam yang memohon untuk dimasukkan ke kelas wad yang lebih tinggi dari kelayakan asal
| Deposit Warga Malaysia | |||
| Kelas Wad | Perubatan (RM) |
Pembedahan (RM) | Bersalin & O&G (RM) |
| Kelas Satu | 1,050.00 | 1,650.00 | 800.00 |
| Kelas Dua | 200.00 | 400.00 | 350.00 |
| Kelas Tiga | 20.00 | 30.00 | 15.00 |
* Bagi pesakit yang pada mulanya dimasukkan ke dalam wad kelas yang lebih rendah dan kemudiannya dipindahkan ke dalam wad yang lebih tinggi atas permintaannya sendiri hendaklah membayar semua caj, selain daripada caj wad, bagi wad kelas yang lebih tinggi itu mulai dari hari dia dimasukkan ke dalam hospital.
(Mengikut Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bil.13/1982, Bil (29)dlm.KKM-58/903/1/1 Bhg.6 bertarikh 26 November 1982)
B. Caj Pesakit Luar
| Fi Pesakit Luar | ||
| 1. | Pesakit Luar Am / Jabatan Kecemasan | RM 1.00 |
| Jabatan Pesakit Luar Pakar | ||
| 1. | Rujukan daripada pegawai perubatan kerajaan | Percuma bagi lawatan pertama, RM 5.00 untuk setiap "follow-up" (termasuk segala siasatan) |
| 2. | Kes-kes "follow-up" yang telah keluar daripada wad | RM 5.00 bagi satu rawatan (termasuk segala siasatan) |
| 3. | Rujukan daripada Pengamal Persendirian | RM 30.00 bagi lawatan pertama RM 5.00 untuk setiap "follow-up" (tidak termasuk siasatan) Segala ujian dan rawatan mengikut kadar caj rawatan Kelas 1 |
| Bayaran Wad Harian (Day Care) | ||||
| Jenis Rujukan | Kadar Caj Wad (RM) | Kadar Caj Rawatan | Mengikut caj Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014 | |
| 1. | Rujukan Pegawai Perubatan Kerajaan | 3.00 | Kelas 3 | |
| 2. | Rujukan Pengamal Persendirian | 3.00 | Kelas 1 | |
| Penjagaan harian untuk rawatan haemodialysis (HDU) | ||||
| Jenis Rujukan | Kadar Caj Wad (RM) | Kadar Caj Rawatan (RM) | Jumlah Caj (RM) | |
| 1. | Rujukan Pegawai Perubatan Kerajaan | 3.00 | 10.00 | 13.00 |
| 2. | Rujukan Pengamal Persendirian | 3.00 | 75.00 | 78.00 |
C. Caj Wad
| Kelas Wad | Caj Sehari (RM) |
| Kelas 1: | |
| - Bilik dengan satu katil | 120.00 |
| - Bilik dengan dua katil | 90.00 |
| - Bilik dengan empat katil | 60.00 |
| Kelas 2 | 25.00 |
| Kelas 3 | 3.00 |
*Kemudahan Wad Kelas Kedua tidak disediakan di HTAA dan kemudahan Wad Kelas Pertama akan diberi mengikut kekosongan yang ada di wad.
| Wad Kanak-Kanak | ||
| 1. | Kelas Tiga | RM 1.50 |
| 2. | Caj Peneman | RM 1.50 |
D. Caj Rawatan
| Rawatan Pesakit Dalam | ||
| 1. | Kelas Tiga | Percuma |
| Accouchmen Dan Bersalin (Pesakit Dalam) | ||
| 1. | Pembedahan Caesarean | RM 100.00 |
| 2. | Bersalin Forcep | RM 50.00 |
| 3. | Bersalin Breech | RM 50.00 |
| 4. | Bersalin Biasa | RM 10.00 |
| Nefrologi (Pesakit Dalam) | ||
| 1. | Haemodialysis setiap sesi | RM 25.00 |
| Psikiatrik (Pesakit Dalam) | ||
| 1. | Bagi setiap kemasukan | Percuma |
| Kimoterapi (Pesakit Dalam) | ||
| 1. | Bagi setiap rawatan | RM 50.00 |
E. Laporan Perubatan
| A – Laporan Perubatan Bertulis | ||
| 1. | Laporan ringkas/pendapat disediakan oleh Pegawai Perubatan | RM 40.00 |
| 2. | Laporan untuk Borang PERKESO / KWSP / BURUH 90 / Insuran | RM 40.00 |
| 3. | Laporan ringkas/pendapat disediakan oleh Pakar | RM 80.00 |
| 4. | Laporan Terperinci Pakar Perubatan | RM 200.00 hingga RM 1,000.00 bergantung kepada kerumitan |
| 5. | Laporan ringkas/pendapat disediakan oleh Pegawai Perubatan (salinan ke-dua dengan tandatangan asal) | RM 20.00 |
Nota :
* Bayaran yang dikenakan kepada pemohon untuk laporan perubatan adalah seperti yang ditetapkan dalam Perintah Fee (Perubatan) 1982 dan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003 - Bagi warganegara asing
* Bagi kes-kes perundangan (Medico-Legal) laporan akan dikeluarkan atau dikemukakan selepas semua urusan perundangan selesai.
* Borang KWSP, PERKESO, Insurans TIDAK sediakan. Sila dapatkan borang berkenaan di jabatan / agensi yang berkaitan.
* Permohonan untuk mendapatkan laporan perubatan mesti disertakan dengan salinan Buku Temujanji / Discharge Note / Sijil Kematian / Sijil Cuti Sakit.
F. Bayaran Ambulan dan Kereta Jenazah
| A – Ambulan | ||
| 1. | Ambulan | RM 0.35 bagi setiap KM |
| B – Kereta Jenazah | ||
| 1. | Kurang dari 30KM | RM 10.00 |
| 2. | 30KM hingga 800KM | RM 0.35 bagi setiap KM |
| 3. | Lebih dari 800KM | RM 300.00 |
* Jarak perjalanan dalam KM di kira sehala dan tidak termasuk bayaran tol
(Mengikut Perintah Fi (Perubatan) 1982)
Maklumat Kelayakan dan Dokumen Sokongan
-
Orang Awam (Warganegara & Bukan Warganegara)Semua pesakit warganegara Malaysia dan warganegara asing dikehendaki membuat bayaran wang cagaran mengikut kadar yang telah ditetapkan semasa pendaftaran.
Pastikan resit bayaran deposit disimpan dan dikemukakan bagi tujuan pemulangan baki deposit (sekiranya ada) -
Kakitangan KerajaanPerlu mengemukakan Surat Jaminan (Pengesahan Kakitangan Kerajaan) yang dikeluarkan oleh jabatan tempat pesakit atau waris bertugas. Pegawai juga boleh menjana Surat Jaminan melalui aplikasi myHRMIS Mobile.
Sekiranya pesakit atau waris ingin menghantar Surat Jaminan (eGL) secara softcopy, sila maklumkan kepada petugas kaunter.
Kod imbas (QR Code) disediakan di kaunter bagi penghantaran melalui WhatsApp atau e-mel. -
Kakitangan SwastaBagi kakitangan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sila kemukakan Surat Jaminan Syarikat daripada majikan bagi tujuan pengecualian bayaran deposit.
-
Pelajar Sekolah / Pelajar IPT (Matrikulasi, Pelajar Tingkatan 6, Kolej Komuniti, Politeknik KPM, IKBN, Institut Kemahiran MARA, Kolej Profesional MARA)Perlu mengemukakan Surat Akuan Pelajar yang disahkan oleh pihak sekolah atau institusi pengajian tinggi awam semasa pendaftaran / discaj.
-
Penerima Bantuan JKM / Bantuan Bulanan MUIPPerlu mengemukakan Surat Pengesahan Penerima Bantuan yang dikeluarkan pada tahun semasa.
-
Pemegang Kad OKUPerlu mengemukakan Kad OKU bersama salinan kad tersebut semasa pendaftaran / discaj.