Jabatan Anestesiologi Kardiotorasik & Perfusi

DR. NOORDINI BT MOHAMED DANI
PENDAHULUAN
MISI
VISI
OBJEKTIF
Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU):-
Unit Anestesiologi Kardiotorasik & Perfusi:-
MOTO
PIAGAM PELANGGAN
-
Memastikan pesakit dilihat oleh pakar sekurang-kurangnya sekali semasa berada di unit ini
-
Memberi rawatan dan layanan yang berkualiti dan yang terbaik kepada semua pesakit
-
Memberitahu perkembangan kepada waris dari masa ke semasa
-
Memastikan layanan dan rawatan yang diberikan mengikut keperluan individu
-
Memastikan semua prosedur yang dijalankan diberi penerangan secukupnya
-
Memastikan pesakit diberi penerangan mengenai hak-hak pesakit dan juga waris semasa kemasukan ke wad
SKOP PERKHIDMATAN
Untuk mencapai objektif yang tersebut, Unit Anestesiologi Kardiotorasik & Perfusi melalui 3 unit utama iaitu:
- Dewan Bedah Kardiotorasik (COT) : 2 Bilik Bedah (anesthesia) dan Bilik Perfusi
- Wad Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU)
- Makmal Kardiak Intervensi (ICL)
Kesemua unit-unit serta pentadbiran adalah di bawah kuasa Ketua Unit Anestesiologi Kardiotorasik & Perfusi. Kecuali ICL unit ini hanya memberi perkhidmatan anesthesia. Sebarang hal ehwal yang melibatkan atau membabitkan unit-unit ini termasuklah kakitangan-kakitangan yang bertugas di dalamnya mestilah dirujuk kepada Ketua Unit Anestesiologi Kardiotorasik & Perfusi.
DEWAN BEDAH KARDIOTORASIK (COT)
Fungsi
Polisi Operational
- Dewan bedah COT sentiasa bersedia untuk menerima pesakit yang hendak menjalani pembedahan sepanjang tempoh 24 jam.
- Senarai pesakit yang akan menjalani pembedahan elektif akan dikeluarkan sehari sebelum pembedahan.
- Jururawat di COT akan memberitahu jururawat di CTW pada pukul 7:30 pagi, untuk menghantar pesakit berdasarkan senarai yang telah dikeluarkan.
- Apabila pesakit sampai ke Dewan bedah, pesakit akan dihantar ke bilik induksi dan diawasi dengan kaedah non-invasif seperti ECG, non-invasive BP & Oxygen saturation sehingga cardiothoracic anesthetist
- Persiapan untuk pembedahan bermula pada pukul 8:00pagi, di bawah pengawasan cardiothoracic anesthetist.
- Sebelum proses induksi dan intubasi, pakar bedah klinikal perlu berada dalam COT.
- Selepas proses induksi dan intubasi, cardiothoracic anesthetist akan menjalankan tugas anesthesia dan perfusionist akan menjalankan Heart Lung Machine manakala pakar pembedahan akan mengetuai pembedahan dengan dibantu oleh seorang pakar bedah klinikal, seorang jururawat.
- Ahli keluarga adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk melihat proses pembedahan. Orang yang tiada berkaitan dengan pembedahan, tidak dibenarkan masuk ke dewan bedah dan kakitangan perubatan yang ingin membuat latihan sambil belajar mengenai pembedahan mestilah mendapat izin secara bersurat dari ketua jabatan pembedahan kardiotorasik terlebih dahulu.
- Semasa pembedahan dijalankan semua kakitangan hendaklah bersikap professional, menjaga tatatertib dan peraturan COT serta memelihara sterility.
- Setelah pembedahan selesai, jururawat COT hendaklah memberitahu jururawat di CICU tentang keadaan pesakit dan perkara-perkara lain yang perlu dan mustahak.
- Pesakit hendaklah dipindahkan dengan berhati-hati dari katil COT ke katil CICU.
- Pesakit kemudiannya akan dihantar dengan berhati-hati ke CICU, dengan diiringi oleh anesthetist, pakar bedah klinikal, jururawat COT dan
Waktu Operasi
- Isnin : Pembedahan Elektif COT1 & COT 2
- Selasa : Pembedahan Elektif COT1 & COT 2
- Rabu : Pembedahan Elektif COT1 & COT 2
- Khamis : Pembedahan Elektif COT1 & COT 2
- Jumaat : Pembedahan Elektif COT1 & COT 2
- Isnin – Ahad : Pembedahan kecemasan pada bila-bila masa
WAD RAWATAN RAPI KARDIOTORASIK (CICU)
Fungsi
Polisi Admission (Transfer in)
Hanya kumpulan pesakit yang berikut yang dibenarkan masuk ke wad ini:
- Post Open Heart Surgery (untuk semua pesakit)
- Post Pneumonectomy
- Post Thoracotomy (jika perlu rawatan rapi di CICU)
- Post Adult Close Heart Surgery
- Post Paediatric Close Heart Surgery (jika tiada katil PICU)
- Patient with Unstable Haemodynamic (dari CTW)
Salah satu kriteria untuk kemasukan ke CICU adalah pesakit mestilah telah menjalani pembedahan di Dewan Bedah Kardiotorasik. Pesakit selain daripada yang tersebut tidak dibenarkan masuk ke CICU, kecuali dengan mendapat izin dan pertimbangan dari Ketua Unit Anestesiologi Kardiotorasik dan Perfusi
Polisi Operational
- Kakitangan CICU akan diberitahu (sehari sebelum pembedahan) tentang pesakit yang akan dibedah dan jenis pembedahan yang akan dijalankan bagi membolehkan persiapan yang tertentu dijalankan.
- setelah pembedahan di COT selesai, jururawat di CICU akan diberitahu oleh jururawat COT tentang penghantaran pesakit, keadaan pesakit, dan beberapa keterangan yang penting mengenai pesakit.
- Apabila pesakit telah sampai ke CICU, cardiac anesthetist akan membuat penyerahan tugas kepada jururawat yang menerima. Proses ini perlu berjalan dengan teratur.
- Pesakit akan diawasi dengan rapi oleh seorang jururawat bertauliah dan terlatih secara nisbah 1:1 ( satu jururawat untuk satu pesakit).
- Semua data klinikal pesakit akan dicatat di atas CICU chart.
- Terdapat beberapa kakitangan dari Jabatan Kardiotorasik yang bertugas secara aktif untuk sepanjang tempoh 24 jam yang terdiri dari cardiac anesthetist dan pegawai perubatan untuk memastikan pesakit di CICU sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan stabil.
- Semua prosidur klinikal termasuklah monitoring, pemberian ubat-ubatan, prosidur invasif, resusitasi dilakukan bersebelahan dengan katil pesakit. Teknik aseptik mestilah dilakukan sepanjang prosidur.
- Semua peralatan kecemasan seperti resuscitation trolley, pacemaker generator, external dan internal defibrillator, dan peralatan pembedahan untuk chest re-open perlu sentiasa berada di CICU.
- Semua perkembangan berkenaan dengan pesakit perlu diberitahu kepada cardiac anesthetist dan pakar bedah kardiotorasik tertutamanya apabila pesakit berada dalam keadaan kritikal dan parameter haemodinamik tidak stabil.
- Apabila pembedahan kecemasan hendak dilakukan sama ada di Dewan Bedah atau di CICU, cardiac anesthetist, pakar bedah kardiotorasik, jururawat COT, perfusionist, pembantu perubatan kardiotorasik dan attendan yang menjalankan tugas atas panggilan akan dipanggil diberitahu dengan segera.
Polisi Discharge (Transfer out of CICU)
- All patients who have undergone cardiothoracic surgery and who are admitted to CICU postoperatively will be transferred out of CICU on second postoperative day, unless they meet one or more of the following criteria:
- Pesakit yang hendak dikeluarkan dari CICU mestilah dalam keadaan stabil dan keputusan untuk berbuat demikian hanya boleh dilakukan oleh cardiac anesthetist.
- Haemodynamic instability
- Respiratory insufficiency
- Arrhythmia
- Severe sepsis or infection
- Any coagulopathy with excessive bleeding
- Altered mental status
- Severe fluid and electrolyte abnormality
- Combinations of lesser conditions requiring high level nursing care
- Non-cardiac pathology – severe enough to require intensive care setting
- Semasa penghantaran balik ke wad, pesakit mestilah dihantar dengan kerusi roda, menggunakan telemetry dan diiringi oleh jururawat.
Rondaan wad di CICU
- Rondaan wad di CICU berjalan sekurang-kurangnya tiga kali sehari (pagi, petang dan malam). Rondaan ini diketuai oleh cardiac anesthetist, atau/dan pakar bedah kardiotorasik.
- Rondaan wad CICU bermula pada pukul 8:00 pagi pada setiap hari dan setiap pesakit akan diperiksa dengan rapi. Rondaan sebelah petang dijalankan pada pukul 4:00 petang dan rondaan sebelah malam juga dijalankan.
Waktu Melawat CICU
- Cuma pelawat yang ada hubungan dengan pesakit sahaja yang dibenarkan melawat.
- Pelawat yang berumur kurang dari 12 tahun tidak dibenarkan melawat kecuali dia ditemani oleh seorang dewasa.
- Cuma 2 pelawat dibenarkan melawat salam setiap masa.
- Apabila pesakit baru sahaja sampai ke wad CICU, pelawat tidak digalakkan untuk melawat pada masa tersebut kerana pada ketika itu kakitangan dari COT sedang sibuk menguruskan penyerahan pesakit kepada kakitanganCICU.
- Setelah tugas penyerahan selesai, pelawat boleh melawat untuk seketika dan doktor akan memberitahu perkembangan semasa pesakit.
- Waktu melawat adalah seperti berikut:
- Pukul 12:30 tengah hari hingga ke 2:00 petang
- Pukul 4:30 petang hingga 7:00 petang
- Luar waktu lawatan : perlu mendapat keizinan dari ketua jururawat/doktor
- Pelawat adalah dinasihatkan mematuhi waktu lawatan tersebut.
- Untuk pesakit yang tenat, ahli keluarga yang terdekat sahaja dibenarkan untuk menemani pesakit selama yang mereka mahu.
- Untuk pesakit kanak-kanak, ibubapa berhak untuk melawat anak pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan.
- Pelawat tidak dibenarkan melawat atau berada di dalam wad CICU pada waktu rondaan wad, semasa pembedahan kecemasan dijalankan, semasa pesakit diberi rawatan CPR, semasa prosidur aseptik dijalankan atau semasa X-ray dilakukan ke atas pesakit. Para kakitangan berhak untuk menyuruh pesakit keluar pada masa tersebut, atau pada bila-bila masa sahaja apabila keadaan memerlukan.
Komponen CICU
- Entrance/airlock – for passage of patients
- Nurse’s Station
- Central corridor
- Patient’s area – open areas for 5 beds and 1 isolation room with bed
- Treatment are
- Pantry
- Doctor’s duty room – with shower and toilet attached
- Nurses change room
- Store area – storing CICU items, ventilators, infusion pumps etc.
- Haemodynamic laboratory – for keeping ABG, serum electrolytes & haematocrit analyzer and for cleaning and drying room for ventilator tubing, masks etc.
- Cleaner’s stores – for storing cleaning items
- Seminar hall – for meetings and case conference
Semua komponen wad CICU akan dipastikan berada dalam keadaan baik termasuklah peralatan-peralatan yang canggih. Dewan seminar perlu sentiasa dijaga sekiranya tidak digunakan dan orang yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
PERKHIDMATAN JABATAN
- Memberi perkhidmatan pembiusan di Dewan Bedah Kardiotorasik
- Memberi perkhidmatan perfusi untuk pembedahan jantung terbuka
- Memberi perkhidmatan perwatan di wad CICU
- Memberi perkhidmatan pembiusan di ICL (Interventional cardiac laboratory) untuk kes pediatric
- Memberi perkhidmatan rawatan bantuan pernafasan non-invasif di Wad Pembedahan Kardiotorasik (7A)