Skip to main content

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Jabatan Neurosurgeri

MR. (DR) VINODH VAYARA PERUMALL

Ketua Jabatan & Pakar Bedah Neurosurgeri
  • vinodhvayara[at]moh[dot]gov[dot]my

PENDAHULUAN

Neurosurgeri adalah suatu bidang kepakaran yang melakukan perawatan secara pembedahan atau perubatan bagi kes-kes yang melibatkan ganguan fungsi otak, saraf tunjang dan saraf periferi. Perkhidmatan ini, walaupun ‘sophisticated’ dan ‘delicate’ ianya adalah sangat diperlukan di semua peringkat komuniti, baik di Bandar, luar Bandar,golongan berpendapatan tinggi mahupun rendah. Perkhidmatan Neurosurgeri memerlukan hampir 70% perawatan kecemasan atau segera. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan, institusi awam memainkan peranan penting dalam menyampaikan perkhidmatan ini kepada semua golongan yang memerlukan perawatan tersebut.

VISI

JABATAN NEUROSURGERI HTAA begitu komited dan akan sentiasa memastikan perkhidmatan perawatan kepakarannya adalah yang terbaik dan berkesan secara professional bagi mengelakkan sebarang komplikasi serta mengurangkan pembaziran dalam kos perawatan pemulihan dan rehabilitasi.

MISI

Menjadikan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan salah satu “segi tiga Hub Wilayah Timur” menawarkan perkhidmatan Kepakaran Neurosurgeri selain Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Terengganu.

OBJEKTIF

  • Menyiasat dan memberikan rawatan kepakaran secara pembedahan atau perubatan keatas semua penyakit-penyakit otak dan saraf.
  • Memberikan latihan kepada staf-staf sokongan seperti Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat terlatih tentang “OT Technique”, “patient care” dan “ward management” didalam bidang perawatan Neurosurgeri.

PIAGAM PELANGGAN

  • Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Rawatan Pakar yang cekap dan berkualiti melalui amalan budaya penyayang, profesionalisma, kerja berpasukan, berteknologi sesuai dan serasi pelanggan bagi memenuhi Keperluan Pelanggan dan Warga Kerja.
  • Memastikan perkhidmatan rawatan mengikut piawaian yang diterima pakai melalui system pemantauan yang berterusan dan kemahiran profesionalisma melalui latihan dalam pembelajaran berterusan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

RAWATAN PESAKIT LUAR

Rawatan Pesakit luar bagi kes­-kes rujukan baru dan ulangan di Klinik Pembedahan Neuro (Neurosurgeri).

Klinik Pakar Neurosurgeri menyediakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bagi kes rujukan baru dan ulangan serta pada hari Jumaat bagi kes-kes temujanji khas dan prosedur-prosedur ringan.Klinik ini dijalankan dua sesi iaitu pagi dan petang (kecuali Cuti Umum).

Semua pesakit diberikan pemeriksaan dan penyiasatan yang teliti yang mana pesakit dan waris­-waris mereka diberikan penerangan yang teliti tentang cara perawatan dan risiko jika ada mengenai sesuatu penyakit.

PROGRAM KLINIK RAWATAN SUSULAN LUAR PAKAR NEUROSURGERI KE HOSPITAL­-DAERAH.

Perancangan dan perbincangan dengan  pengarah hospital-hospital daerah seluruh Negeri Pahang telah direncanakan bagi menjayakan program tersebut bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan pesakit-pesakit neurosurgeri serta waris-waris datang bagi temujanji berhampiran dengan tempat tinggal mereka . Ianya mengurangkan kos dan bebanan kepada waris dan pesakit itu sendiri.

Buat  masa ini,hanya Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoShas), Temerloh yang telah dilaksanakan dan akan diteruskan kepada hospital-hospital daerah yang lain pada masa akan datang apabila mempunyai tenaga kerja yang mencukupi.

PUSAT RUJUKAN

Berfungsi sebagai pusat rujukan bagi  seluruh negeri Pahang . Jabatan ini sedia menerima dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada semua kes­kes yang dirujuk oleh mana­mana fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

RAWATAN PESAKIT DALAM WAD

Memberikan perawatan kepakaran Neurosurgeri yang bermutu kepada semua pesakit -pesakit yang di masukkan ke wad Neurosurgeri dan Neurosurgery High Dependency Ward/Unit (NHDU).

RAWATAN PEMBEDAHAN

Memberikan rawatan pembedahan kepakaran Neurosugeri melibatkan otak,tulang belakang (spine) dan saraf tunjang. Perkhidmatan ini meliputi pembedahan kecemasan dan elektif kepada pesakit serta  menjalankan pembedahan bersama  ‘combine’ dengan lain-lain kepakaran pembedahan  seperti Spinal Orthopedik, ENT dan lain­-lain.

JADUAL RINGKAS KLINIK PAKAR

HARI 8.00 AM- 1.00 PM 2.30 PM- 5.00 PM
ISNIN-KHAMIS KES-KES RUJUKAN BARU & ULANGAN KES-KES RUJUKAN BARU & ULANGAN

8.00 AM-12.15 TGH 2.45 PM-5.00 PM
 JUMAAT KES-KES TEMUJANJI KHAS & PROSEDUR RINGAN KES-KES TEMUJANJI KHAS & PROSEDUR RINGAN
SABTU/AHAD & CUTI UMUM TUTUP

JADUAL TUGASAN LUAR KLINIK NEUROSURGERI

 

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
PAGI
  • MPO
  • PEMBEDAHAN ELEKTIF
  • RONDAAN WAD
  • MPO
  • RONDAAN WAD
  • MPO
  • PEMBEDAHAN ELEKTIF
  • RONDAAN WAD
  • MPO
  • RONDAAN WAD
  • MPO
  • RONDAAN WAD
  • MDT MEETING
  • SRS MEETING

PETANG

  • PEMBEDAHAN ELEKTIF
  • RONDAAN WAD
  • RONDAAN WAD
  • RONDAAN WAD
  • RONDAAN WAD
  • RONDAAN WAD

Pembedahan kecemasan akan dilakukan setiap hari. Pembedahan elektif hari Sabtu mengikut jadual

Tarikh Kemaskini : 3 September 2025