Skip to main content

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Jabatan Psikiatri

DR. HARIANI BINTI ISHAK

Ketua Jabatan
  • 09-557 2273

VISI

Mewujudkan sebuah Jabatan sebagai pusat perkhidmatan Rawatan dan Rehabilitasi psikiatri arah mesra komuniti dan kemasyarakatan.

MISI

Mengintegrasikan nilai-nilai konsep budaya kerja korperat Kementerian Kesihatan Malaysia kearah perkhidmatan yang “Mesra Keluarga”.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan psikiatri kepada masyarakat sekitar Kuantan dan berfungsi sebagai pusat rujukan bagi zon Pahang Timur serta pusat rujukan tertiari untuk seluruh negeri Pahang.
  • Menjalankan program rehabilitasi psikososial kepada pesakit psikiatri luar dan dalam.
  • Mengembangkan perkhidmatan psikiatri dengan melakukan lawatan berkala ke hospital-hospital daerah Pekan, Muadzam dan Rompin.
  • Mewujudkan perkhidmatan kesihatan mental dalam komuniti melalui pusat kesihatan mental masyarakat (MENTARI) di Klinik Kesihatan Balok.
  • Menjalankan aktiviti promosi dan kesedaran kesihatan mental.
  • Memberi pendidikan kesihatan mental kepada pesakit, kaum keluarga dan orang awam.
  • Mengurangkan stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap pesakit psikiatri.
  • Memberi latihan kepada kakitangan secara berterusan untuk memenuhi keperluan dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

PERKHIDMATAN JABATAN

SECARA AM :

  • Mengdiagnosa Kes-kes yang dirujuk

  • Memberi perkhidmatan rawatan ubat-ubatan

    1. Pesakit luar

    2. Pesakit Dalam (wad)

  • Kaunseling Psikiatri .

  • Pemulihan / Rehabilitasi

  • Perawatan Komuniti

SECARA KHUSUS :

  1. Menjalankan Klinik Pakar Psikiatri
    • ( Kanak-kanak /remaja / dewasa / wargatua )
  2. Menjalankan Stress Klinik oleh kakitangan rehabilitasi
  3. Menjalankan Walk-In Counselling Klinik oleh jururawat
  4. Merawat pesakit di Wad Psikiatri Dahlia
  5. Menjalankan Pemulihan Pesakit
    • Pusat Bengkel Pesakit
    • Pusat Jagaan Harian
  6. Menjalankan Komuniti Nursing
  7. “Continue Medical Education” kepada Kakitangan
  8. Perkhidmatan psikiatri 24 jam. atas panggilan
  9. Perkhidmatan liasion
  10. Koordinasi program kesihatan mental

PIAGAM PELANGGAN

  • Tempoh Pendaftaran tidak lebih 20 minit
  • Dari masa temujanji diberi, tunggu rawatan atau jumpa doktor tidak lebih 40 minit
  • Jumlah pesakit – 64 orang
  • Bilangan paramedic/jururawat – 6 orang
  • Tempoh rawatan – tidak melibihi 60 minit
  • Urusan tenujanji – tidak melibihi 10 minit
Pelanggan hendaklah mematuhi tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan. Sebarang permohonan pertukaran tarikh dan masa tenujanji hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada petugas klinik.
Tarikh Kemaskini : 28 Mei 2025