Unit Kawalan Infeksi

DR NOORLINA BINTI NORDIN
Ketua Unit & Penyelaras Kawalan Infeksi dan Antibiotik Hospital
-
09 557 2983
PENGENALAN
Unit Kawalan Infeksi merupakan unit sokongan klinikal yang berperanan penting dalam memastikan keselamatan pesakit, kakitangan dan komuniti hospital melalui program Pencegahan dan Kawalan Jangkitan (Infection Prevention & Control – IPC).
Unit Kawalan Infeksi juga berperanan dalam memastikan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan dilaksanakan secara menyeluruh di hospital. Unit ini bertindak sebagai ‘frontliner’ kawalan jangkitan di hospital dengan matlamat utama untuk mengurangkan kadar jangkitan yang boleh dicegah serta meningkatkan kualiti dan keselamatan penjagaan kesihatan.
‘Healthcare Associated Infection’ adalah satu masalah yang amat serius dan ia memerlukan tindakan atau pencegahan segera. Ia bukan sahaja menyebabkan peningkatan morbiditi dan mortaliti tetapi juga memanjangkan tempoh rawatan pesakit di hospital seterusnya kos rawatan pesakit akan menjadi lebih tinggi. Kualiti hidup pesakit juga boleh terjejas akibat komplikasi. Pemantauan terhadap kes-kes ‘Healthcare Associated Infection’ yang berterusan adalah sangat penting bagi mencegah kejadian wabak.
Healthcare Associated Infection juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada hospital. Antaranya adalah beban kepada sistem kesihatan dan menjejaskan penilaian kualiti serta imej hospital. Amalan mencuci tangan dan mematuhi amalan standard precaution di kalangan warga kerja HTAA sendiri dapat mencegah dan mengawal kejadian Healthcare Associated Infection. Kesimpulannya Healthcare Associated Infection memberi kesan buruk kepada pesakit, kakitangan hospital dan sistem kesihatan negara.
Kami percaya bahawa keberkesanan unit ini bergantung kepada kerjasama erat semua warga hospital kerana kawalan infeksi adalah tanggungjawab bersama. Pengerusi Kawalan Infeksi Hospital ialah Pakar Penyakit Berjangkit yang dibantu oleh 2 orang pegawai perubatan dan 3 orang ketua jururawat.
MISI
VISI
OBJEKTIF
-
Meningkatkan kualiti dalam penyampaian penjagaan kesihatan dengan mengurangkan dan mengawal Healthcare Associated Infection.
-
Memastikan polisi dan prosedur dalam pencegahan kawalan jangkitan dilaksanakan serta dijalankan mengikut arahan untuk mencegah cross infection.
-
Memberi penekanan kepentingan pendidikan dan latihan berterusan untuk semua pekerja penjagaan kesihatan.
-
Memastikan bahawa semua pekerja penjagaan kesihatan dilatih dengan sewajarnya dan mahir dalam prosedur yang diperlukan untuk bekerja dengan
selamat. -
Mengenalpasti dan mengkaji hasil keberkesanan pencegahan yang telah diambil dalam pengurangan Healthcare Associated Infection.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
-
Klinikal
- Menjadi pusat rujukan dalaman bagi isu kawalan infeksi.
- Memberi nasihat dalam aspek pengurusan pesakit berisiko jangkitan.
- Menyokong amalan Antimicrobial Stewardship
- Memantau dan menjalankan surveillance jangkitan hospital (Healthcare Associated Infection)
- Mengeluarkan panduan isolasi pesakit mengikut jenis jangkitan kuman.
- Memantau pematuhan kakitangan terhadap standard & transmission based precaution.
- Membantu dalam pengurusan pesakit dengan MDRO (MRSA, CRE, A.Baumanii, ESBL dan lain-lain)
- Bekerjasama dengan makmal mikrobiologi, farmasi dan jabatan klinikal.
- Menilai data kultur makmal untuk pengesanan awal organisma multidrug-resistant (MDR)
- Menjalankan ‘root cause’ analysis bagi kes jangkitan serius.
- Menyiasat dan mengurus kejadian wabak serta memberi laporan kepada pihak atasan dan jabatan klinikal yang terlibat.
- Menyelia prosedur klinikal tertentu untuk memastikan kepatuhan bundle.
- Menilai dan meluluskan produk / peralatan berkaitan infection control.
- Memberi nasihat klinikal dan sokongan kepada penjagaan kesihatan profesional lain, kakitangan sokongan dan agensi luar tentang isu-isu sosial yang timbul berkaitan kawalan jangkitan.
- Menyediakan garis panduan dan sokongan kepada Link Nurses.
-
Surveillance / Pemantauan
- Pengumpulan data kes Healthcare Associated Infection (HCAI) - MDRO Surveillance dan MDRO Bacteremia.
- Menjalankan kajian prevalens jangkitan nosokomial ( contoh : Point Prevalence Survey on Healthcare Associated Infection).
- Menjalankan Hand hygiene Compliance Surveillance.
- Menjalankan audit Infection Prevention &Control (IPC).
- Pemantauan trend dan kadar jangkitan untuk mengawal dan mengurangkan risiko Healthcare Associated Infection.
- Pengesanan awal outbreak
-
Penyelarasan / Organisasi Aktiviti Kawalan Jangkitan
- Menyelaras program kawalan infeksi
- Merancang , melaksanakan dan memantau aktiviti pencegahan jangkitan hospital (HAI)
- Menyelaras notifikasi dan pelaporan jangkitan :
- Mengkoordinasikan proses pelaporan kes jangkitan kepada pihak dalaman dan KKM
- Memastikan semua unit klinikal mematuhi keperluan pelaporan.
- Menyelaras surveillance jangkitan :
- Mengumpul dan menganalisa data jangkitan dari semua unit/wad.
- Membentangkan laporan surveillance di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi & Antibiotik di peringkat hospital dan negeri.
- Menyelaras siasatan epidemiologi, sampling, isolasi pesakit dan tindakan kawalan semasa outbreak.
- Berperanan sebagai pusat penyelaras (koordinator) untuk memastikan semua aktiviti berkaitan pencegahan dan kawalan jangkitan dilaksanakan secara seragam, konsisten dan berkesan di seluruh hospital.
- Menyelaras program kawalan infeksi
-
Pentadbiran
- Merancang strategi kawalan infeksi dengan melakukan penyelarasan bajet, sumber manusia dan keperluan logistik untuk aktiviti Infection Prevention & Control (IPC)
- Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar-dasar kawalan infeksi.
- Memantau pematuhan dasar kawalan infeksi, termasuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan audit pematuhan seperti hand hygiene, penggunaan PPE dan pengurusan sisa klinikal)
- Memastikan keputusan dan tindakan mesyuarat dilaksanakan oleh semua jabatan.
-
Pendidikan
- Unit Kawalan Infeksi bertindak sebagai pusat latihan dan rujukan kawalan infeksi untuk kakitangan, pesakit dan masyarakat untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat serta mengurangkan risiko Hospital Acquired Infection (HAI).
- Menyelaras kursus dalaman berkaitan kawalan infeksi dan menyediakan modul Infection Prevention & control bagi Program IPC untuk doktor, paramedik dan non paramedik.
- Menganjurkan kempen seperti World Hand Hygiene Day dan World Antibiotic Awareness Week (WAAW).
- Memberi latihan dan orientasi kepada kakitangan baru dan pelatih berkaitan kawalan infeksi semasa program orientasi.
- Memberi latihan kepada kakitangan sekiranya berlaku outbreak dan memastikan semua kakitangan yang terlibat mematuhi protokol dan polisi yang terkini.
- Mengambil bahagian dan menyelaras Kempen pendidikan berkaitan kawalan infeksi seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Hospital (HIACC).
-
Aktiviti Peningkatan Penyelidikan dan Kualiti
- Membuat pelaporan dan dokumentasi kes Healthcare Associated Infection kepada pihak dalaman (Jawatankuasa Kawalan Infeksi Hospital) dan menghantar laporan kepada Bahagian Kawalan Infeksi KKM.
- Membuat analisis punca, faktor risiko dan kawasan ‘hotspot’ jangkitan dan memberi maklumbalas kepada jabatan klinikal untuk tindakan penambahbaikan.
- Melakukan tindakan susulan dan intervensi selepas langkah kawalan dan tindakan penambahbaikan diambil.
- Menggunakan data untuk menambah baik perkhidmatan, menurunkan kadar jangkitan serta meningkatkan keselamatan pesakit dan kakitangan kesihatan.
-
Tugas-tugas Khas
- Merangkumi pengurusan wabak, audit, pendidikan, penyelidikan dan sokongan teknikal kepada pengurusan hospital.
- Menjadi pasukan utama di dalam menyelaras pengurusan wabak pengesanan kontak dan langkah kawalan segera.
- Menyelaras Wad Isolasi apabila terdapat kes yang memerlukan pengasingan seperti wabak dan penyakit berjangkit yang lain.
SENARAI KAKITANGAN
BIL | NAMA | JAWATAN |
1. | Dr Fauziah Hanum binti Mohd Yusof | Pegawai Perubatan UD14 |
2. | Dr Widad Ulya binti Mohamed Yusof | Pegawai Perubatan UD12 |
3. | Cik Laila binti Che Isa | Ketua Jururawat U6 |
4. | Fauziah binti Malek | Ketua Jururawat U6 |
5. | Zubaidah binti Ngah | Ketua Jururawat U6 |
POLISI - PREVENTION OF INFECTION CONTROL
-
Isolation Ward
-
Standard and Additional Precautions
Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2025