Unit Keselamatan
ENCIK MOHD AMIR SYAFIQ BIN SAB'UN
Ketua Unit Keselamatan
-
amirsyafiq[at]moh[dot]gov[dot]my
-
09-557 2334
PENGENALAN
Unit Keselamatan merupakan salah satu Unit di bawah sektor pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan keselamatan perlindungan kepada Jabatan ini. Unit Keselamatan mula beroperasi pada tahun 2008.
OBJEKTIF KEANGGOTAAN UNIT KESELAMATAN
-
Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan terhadap bangunan-bangunan di bawah HTAA, Kuantan dan keselamatan fizikal dari sebarang ancaman samada dengan cara tidak sengaja melalui sabotaj atau dengan cara-cara lain.
-
Memberi perlindungan keselamatan kepada aset-aset milik HTAA, peralatan pejabat, mesin-mesin dan lain-lain harta kerajaan dari kerosakan samada disengajakan atau tidak.
-
Memastikan kawalan lalu lintas dan kawalan keselamatan bangunan di HTAA dilaksanakan bagi mengelakkan risiko ancaman keselamatan dari aspek fizikal.
-
Melaksanakan dasar-dasar Jabatan berkenaan hal ehwal keselamatan dan memastikan ianya dipatuhi.
KEANGGOTAAN UNIT KESELAMATAN
Pada tahun 2008, Jabatan Perdana Menteri menempatkan Pegawai Keselamatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pegawai kader di Jabatan ini. Anggota Unit Keselamatan sehingga kini adalah seramai 6 anggota. Keanggotaan Unit Keselamatan adalah seperti berikut:
1. En. Mohd Amir Syafiq bin Sab'un - Penolong Pegawai Keselamatan KP32
2. Pn. Zuhaima binti Mat Arsid - Pembantu Keselamatan KP22
3. En. Hendraputra Hussin - Pembantu Keselamatan KP22
1. En. Mohd Amir Syafiq bin Sab'un - Penolong Pegawai Keselamatan KP32
2. Pn. Zuhaima binti Mat Arsid - Pembantu Keselamatan KP22
3. En. Hendraputra Hussin - Pembantu Keselamatan KP22
FUNGSI UNIT KESELAMATAN
-
Memberi perlindungan keselamatan kepada kakitangan HTAA, pesakit dan pelawat serta bangunan-bangunan di bawah HTAA, Kuantan dari sebarang ancaman samada dengan cara tidak sengaja atau niat jahat melalui sabotaj atau dengan cara-cara lain.
-
Melaksanakan dasar-dasar HTAA berkenaan hal ehwal keselamatan dan memastikan ianya dipatuhi.
-
Memberi pelindungan keselamatan kepada aset - aset milik HTAA, peralatan pejabat, mesin-mesin dan lain-lain harta di bawah HTAA dari kerosakan samada disengajakan atau dengan niat jahat serta dari kecurian.
-
Melaksanakan dasar-dasar jabatan berkenaan hal ehwal keselamatan dan memastikan ianya dipatuhi.
AKTIVITI UNIT KESELAMATAN
- Membantu memberi khidmat nasihat perlindungan keselamatan kepada aset-aset milik HTAA, peralatan pejabat, mesin-mesin dan lain-lain harta kerajaan dari kerosakan samada disengajakan atau tidak.
- Memastikan kawalan Ialu lintas dan kawalan keselamatan bangunan di HTAA dilaksanakan bagi mengelakkan risiko ancaman keselamatan dari aspek fizikal.
- Membantu dalam menguruskan prosedur dan pelaksanaan aspek-aspek keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi di jabatan serta memastikan ianya dalam keadaan terurus, betul dan teratur.
- Menyelia dan memantau kamera litar tertutup (CCTV) dan menyelaras sebarang urusan berkaitan dengan Polis Diraja Malaysia dan jabatan lain yang berkaitan.
- Membantu menyelaras peraturan-peraturan keselamatan yang sediada,mengemaskini dan mengatur peraturan-peraturan baru Uika perlu) serta melaksanakannya dengan persetujuan pihak pengurusan jabatan.
- Membantu mengkaji keperluan peralatan dan kelengkapan keselamatan dalam meningkatkan tahap keselamatan jabatan.
- Membantu menjalankan pemeriksaan mengejut dan siasatan bagi menentukan bahawa langkah-langkah keselamatan dipatuhi dan dilaksanakan.
- Membantu mengesyorkan tindakan yang sepatutnya bagi perbuatan-perbuatan pelanggaran keselamatan dan melaporkan kepada pengurusan jabatan dan pihak-pihak lain yang berkenaan.
- Memantau prestasi syarikat Kawalan Keselamatan Swasta melaksanakan tugas-tugas dan prosedur yang telah dipersetujui, perlanggaran kontrak, memperuntukan jumlah anggota keselamatan yang mencukupi dan menentukan lokasi/post keselamatan yang perlu diawasi.
- Membantu menguruskan hal-ha! berkaitan personel keselamatan (jika ada) dan menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Tarikh Kemaskini : 26 Jun 2026