Unit Psikologi Kaunseling

AZMANIZA BINTI AHMAD ZAIN
-
azmaniza[at]moh[dot]gov[dot]my
-
09 513 3333 ext 3036
-
upsk_htaa[at]moh[dot]gov[dot]my
PENGENALAN
Perkhidmatan psikologi kaunseling adalah merujuk kepada perkhidmatan yang melibatkan proses menolong secara sistematik dan berterusan. Proses ini berasakan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) profesional bagi menghasilkan perubahan, Perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang holistik sepanjang hayat berlandaskan etika psikologi kaunseling. Bagi mencapai matlamat ini, perkhidamatan diberikan melalui pendekatan berteraskan ilmu psikologi kaunseling yang menjuruskan kepada aspek pencegahan, pemulihan dan intervensi.
Perkhidmatan ini mensasarkan usaha untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan insan melalui pelaksanaan perkhidmatan dan intervensi berpaksikan
orientasi psikologi kaunseling secara menyeluruh.
1. VISI
Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang profesional.
2. MISI
Perkhidmatan psikologi kaunseling ini diberikan oleh pegawai yang kompeten, berkemahiran dan berdasarkan amalan berasakan bukti terkini melalui perkhidmatan
yang kondusif, terapeutik dan efektif.
3. OBJEKTIF
-
Menyampaikan perkhidmatan psikologi kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
-
Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi (Kaunseling) secara berterusan.
-
Melaksanakan perkhidmatan berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang berkaitan.
4. PIAGAM PELANGGAN
-
Setiap klien yng dirujuk perlu diberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh rujukan diterima.
-
Setiap sesi kaunseling individu perlu melaksanakan sekurang-kurangnya 30 minit manakala kelompok/keluarga dan perkahwinan adalah sekurang-kurangnya 60 minit.
-
Setiap Klien akan diberi penerangan mengenai perkhidmatan psikologi kaunseling
5. KATEGORI RUJUKAN
PESAKIT | KAKITANGAN HTAA |
Rujukan daripada Pegawai Perubatan dari klinik Kesihatan/ Hospital Kerajaan Sahaja | Sukarela atau rujukan daripada Ketua Jabatan/ Unit/ Bahagian / Wad Penyelia |
6. JENIS PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
-
Kaunseling Individu
-
Kaunseling Kelompok
-
Psiko-Pendidikan / Psychoeducation
-
Program Intervensi (ceramah / kursus/ bengkel / seminar untuk kakitangan dan orang awam)
-
Ujian Psikometrik
7. JADUAL PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KAUNSELING
Isnin Hingga Khamis | Jumaat |
8.00pagi - 5.00petang | 8.00pagi - 12.15tengahari 2.45petang - 5.00petang |
Tarikh Kemaskini : 5 Ogos 2025