Unit Teknologi Maklumat
HAZLINDA BINTI GHAZALI
Ketua Unit Teknologi Maklumat
-
haz_linda[at]moh[dot]gov[dot]my
-
09-557 2931 / 2935
VISI
Menjadikan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebagai hospital ICT melalui pelaksanaan dan penggunaan teknologi ICT secara menyeluruh bagi menyokong perkhidmatan kesihatan yang efisyen dan berkualiti.
MISI
OBJEKTIF
Untuk membantu organisasi mencapai matlamat dalam melaksanakan keperluan pengurusan maklumat organisasi di samping meningkatkan daya saing dan mewujudkan prasarana ICT selari dengan perkembangan teknologi terkini.
FUNGSI
-
Menjalankan kajian, rekabentuk dan penetapan spesifikasi untuk pelaksanaan, pembangunan, peningkatan dan penyelenggaraan sistem-sistem aplikasi
-
Memberi khidmat sokongan dan bantuan teknikal dalam penggunaan serta penyelenggaraan peralatan dan perisian ICT
-
Merancang, menyelaras dan melaksanakan perolehan dan pembekalan peralatan, perisian, sistem aplikasi dan kemudahan infrastruktur ICT
-
Merancang, mengurus dan menyelenggara rangkaian dan peralatan ICT
-
Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa ICT
PIAGAM PELANGGAN
| BIL | PERKARA |
| 1. | Bantuan teknikal dan khidmat sokongan akan dibuat ke atas masalah yang dilaporkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dan akan memberikan penyelesaian yang praktikal dalam tempoh dua (2) minggu |
| 2. | Memberi khidmat nasihat dan cadangan bagi perolehan, penggunaan dan pinjaman peralatan ICT mengikut keperluan |
| 3. | Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa ICT HTAA Unit ini bertanggungjawab menyelaras keputusan yang telah dipersetujui dalam tempoh yang ditetapkan |
| 4. | Membantu pelaksanaan sistem-sistem aplikasi yang digunapakai di HTAA mengikut permohonan dan keperluan Jabatan/ Unit |
| 5. | Menggalakkan pelaksanaan ICT mengikut peraturan, garis panduan dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan dan kementerian |
CARTA ORGANISASI
Tarikh Kemaskini : 5 November 2025