Skip to main content

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Portal Rasmi Hospital Tengku Ampuan Afzan

Hospital Rakan Bayi

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA (EKSKLUSIF)

Tiada makanan dan minuman serta puting selain dari susu ibu untuk 6 bulan yang pertama supaya;

  • Bayi mendapat semua khasiat susu ibu pada tahap yang paling maksima.
  • Mengelakkan kekeliruan puting.
  • Mengelakkan kekurangan susu.
  • Mengelakkan bengkak payudara.

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI

  • Kolostrum - berfungsi sebagai imunisasi pertama untuk bayi.
  • Antibodi - melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, sakit perut,asthma dan radang paru-paru.
  • Laksatif - mempercepatkan pengeluaran meconium dan mencegah jaundis.
  • Mengandungi kesemua zat makanan yang diperlukan oleh bayi untuk perkembangan dan tumbesaran seperti HA,DHA,AA,SA (zat khusus untuk perkembangan otak)
  • Penghadaman yang mudah
  • Kurangkan masalah pergigian,jangkitan telinga dan diabetes pada kanak-kanak.

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU

  • Membantu mengecutkan rahim-mengurangkan pendarahan.
  • Penyusuan sepenuhnya menjarakkan kelahiran untuk 6 bulan yang pertama.
  • Mengeratkan kasihsayang ibu dan anak.
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari