Jabatan Kecemasan

DR. AZIZOL BIN MAHMUD
-
09-557 2184
MISI DAN VISI
-
Kami komited untuk menyediakan rawatan yang tepat dan cepat serta penjagaan berkualiti dengan cara yang sopan, bagi memastikan keperluan dan kepuasan pelanggan dipenuhi.
-
Visi kami adalah memberikan rawatan yang cepat, berkualiti dan efisien kepada pesakit, serta mencapai keunggulan dalam pengurusan pesakit sambil mencipta persekitaran yang lebih baik bagi latihan pembelajaran.
OBJEKTIF
FUNGSI
Terdapat 8 fungsi Jabatan Kecemasan yang telah diagihkan perkhidmatannya serta mempunyai tanggungjawab tersendiri. Perkhidmatan tersebut ialah:
- Perkhidmatan "PreHospital Service"
- Perkhidmatan Kaunter
- Perkhidmatan Rawatan Kecemasan
- Perkhidmatan Panggilan Ambulan (CDC)
- Pasukan Tindakan Kecemasan
- Pentadbiran
- Wad Pemerhatian
- Pusat isolasi dan dekontaminasi kecemasan (EDIC)
- Bilik Daftar Masuk Wad
PERKHIDMATAN
Kedudukan kaunter Jabatan Kecemasan merupakan salah satu pintu masuk utama di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Sudah menjadi satu tanggungjawab kepada kakitangan yang bertugas untuk menunjukkan imej Jabatan Kecemasan dan seterusnya imej HTAA. Bukan setakat untuk mendaftarkan pesakit tetapi bertanggungjawab memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunter. Senyum dengan penuh keikhlasan dan layanan mesra sudah sebati dengan jiwa kakitangan di sini agar perkhidmatan yang diberi mendapat kepuasan semua pihak.Melalui perkhidmatan kaunter juga, pergerakan ambulan disusun atur bagi mengendalikan kes panggilan kecemasanyang diterima di bilik CDC. Penyusunan semula terhadap beberapa borang dan buku di kaunter menampakkan perubahan yang amat memberangsangkan serta perkhidmatan ynag lebih cemerlang.