Jabatan Ortopedik
DR. V.A. JACOB A/L ABRAHAM
-
09-5572660
VISI
OBJEKTIF
Objektif Umum
Objektif Khusus
- Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit luar dan dalam dengan cemerlang
- Memperkasakan produktiviti dan menjamin nilai-nilai budaya kerja yang baik
- Menerima dan merawat pesakit-pesakit daripada institusi perubatan luar yang memerlukan rawatan khas pakar yang tidak ditawarkan daripada institusi masing-masing
- Memperbaiki mutu perkhidmatan hospital dari semasa ke semasa agar mencapai taraf kesihatan yang lebih tinggi
- Menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berterusan bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang terbaik
MISI
-
Adil dan saksama
-
Cekap dan amanah
-
Berteknologi terkini berdasarkan kemampuan dan kesesuaian dalam jabatan
-
Bersesuaian dengan persekitaran
-
Berdasarkan keutamaan penyakit
-
Berlandaskan etika professionalisma dan penyayang
-
Melibatkan penyertaan pesakit dan ahli keluarga
-
Berasaskan kecemerlangan ilmu yang terkini
-
Kualiti dan Inovasi mutu kerja melalui program – program yang tersusun
-
Promosi kesihatan untuk pencegahan dan juga untuk perawatan pesakit
-
Penjagaan dan penyelenggaran alatan aspek-aspek perubatan yang bersistematik
-
Penyertaan ahli keluarga dalam pengutamaan aspek perawatan tanggungjawab bersama
-
Penyaluran maklumat yang benar dan tepat kepada pesakit
-
Keharmonian hubungan sesama kakitangan jabatan adalah sentiasa yang terbaik
-
Keselamatan dan kebajikan pesakit dan ahli keluarga adalah terpelihara
-
Keselamatan dan kebajikan kakitangan jabatan juga turut terpelihara
PERKHIDMATAN TERAS & SUB-KEPAKARAN
Jabatan Ortopedik menawarkan perkhidmatan konsultasi klinikal dan pembedahan untuk pesakit yang mengalami kecederaan trauma muskuloskeletal, melibatkan kepatahan tulang dan juga pelbagai kecederaan yang lain.
Jabatan Ortopedik juga menawarkan beberapa perkhidmatan sub-kepakaran seperti berikut:
Perkhidmatan artroplasti bertumpu kepada perawatan pesakit dengan arthritis sendi utama. Perkhidmatan kami yang ditawarkan ini meliputi kes-kes pelbagai kategori pesakit dan jenis artritis yang berada di segenap Negeri Pahang.
Perkhidmatan Paediatric Orthopaedics telah bermula di HTAA sejak tahun 2008. Di peringkat permulaan, satu sesi klinik diadakan dalam seminggu. Kini, sesi klinik telah bertambah kepada dua kali seminggu, merangkumi klinik trauma (fracture in paediatrics) dan klinik non-trauma (paediatric orthopaedics).
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk:
- Paediatric Trauma
- Congenital deformity seperti developmental dysplasia of the hip, congenital talipes equinovarus, osteogenesis imperfect
- Limb deformity seperti angular deformity, limb length discrepancy
- Neuromuscular disorder seperti cerebral palsy, Ehler Danlos Syndrome
- Bone / joint infection and tumour
Perkhidmatan pembedahan tulang belakang menyediakan kepakaran diagnostik dan rawatan yang khusus untuk pelbagai masalah tulang belakang. Perkhidmatan kami menerima kes-kes rujukan dari seluruh negeri Pahang. Antara perkhidmatan klinikal dan rawatan yang ditawarkan merangkumi:
- Management of spine trauma (e.g. acute vertebral fracture, osteoporotic fracture)
- Management of spinal deformity (e.g. adolescent idiopathic scoliosis, congenital scoliosis etc.)
- Management of spinal infection (e.g. pyogenic spondylodiscitis, TB spondylodiscitis etc.)
- Management of degenerative spine conditions (e.g. cervical and lumbar spondylosis / stenosis etc.)
Antara pembedahan / prosedur yang kami tawarkan termasuk:
- Spinal stabilization (e.g. post spinal instrumentation, anterior vertebral fusion etc.)
- Decompression of spinal cord and nerve root (e.g. laminectomy, laminotomy, foraminotomy, discectomy etc.)
- Spinal deformity corrective surgery
- Minimally invasive spine surgery (MISS)
- Fluoroscopically-guided pain intervention procedures for lower back pain (e.g. epidural anaesthesia, transforaminal corticosteroid injections, facet blocks etc.)
Perkhidmatan ini menyediakan rawatan komprehensif merangkumi rawatan muskuloskeletal yang melibatkan kes-kes kecederaan sukan, trauma dan degeneratif sendi tulang. Artroskopi adalah teknik pembedahan khusus yang dilakukan melalui ‘lubang kekunci’ (key-hole) untuk membolehkan penelitian secara terperinci mengenai struktur-struktur dalam sesuatu sendi. Antara kes-kes yang lazimnya boleh dirawat dengan kaedah ini adalah kecederaan sendi lutut (ACL, meniscus dan rawan sendi), kecederaan sendi bahu (Bankart repair, rotator cuff repair) dan rawatan sendi sendi lain seperti kecederaan siku dan pergelangan kaki.
Perkhidmatan ini adalah khusus dalam diagnosis, rawatan dan pengurusan tumour muskuloskeletal. Pasukan kami bertekad untuk menyediakan rawatan menyeluruh, antaranya termasuk prosedur ‘excisional biopsy’, ‘limb salvage surgery’, pembedahan rekonstruktif dan pelan rawatan yang merangkumi keseluruhan penduduk Pahang.
Perkhidmatan Perubatan Sukan dan Senaman merupakan salah satu bidang kepakaran klinikal dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah bermula sejak tahun 2001 dan diletakkan di bawah Jabatan Ortopedik. Perkhidmatan Perubatan Sukan dan Senaman merangkumi aspek rawatan rehabilitasi terutamamya muskuloskeletal (MSK) dan pencegahan kecederaan sukan atau berkaitan aktiviti fizikal yang merangkumi segenap lapisan masyarakat yang bergiat aktif dalam aktiviti riadah / fizikal serta bagi atlit professional / elit yang bersaing pada peringkat yang lebih tinggi. Terdapat 6 perkhidmatan teras dalam perkhidmatan Perubatan Sukan dan Senaman, iaitu:
- Pengurusan kecederaan akut dan kronik muskuloskeletal (contohnya otot, tendon, ligament, rawan, tulang dan lain-lain), termasuk ‘overuse injury’, trauma dan ‘exercise related medical conditions’.
- Pengurusan program rehabilitasi sebelum dan selepas pembedahan sukan / penukaran sendi (artroplasti) / trauma seperti ‘ACL reconstruction of the knee, rotator cuff repair of the shoulder, total knee replacement surgery’ dan sebagainya.
- Preskripsi senaman bagi masalah kesihatan kronik, penyakit-penyakit tidak berjangkit (‘non-communicable diseases’-NCD) seperti obesity, kencing manis, darah tinggi, osteoarthritis, termasuk ujian penilaian / ujian kecergasan ‘fitness testing’ yang berkaitan.
- Intervensi muskuloskeletal (diagnostik dan terapeutik) dengan menggunakan pendekatan ‘POCUS – point of care ultrasound’ dan procedure berkaitan.
- Penglibatan Perubatan Sukan dalam Kesihatan Awam bagi promosi aktiviti fizikal, kesedaran tentang gaya hidup sihat sepanjang hayat dan strategi pencegahan kecederaan yang berkaitan.
- Penglibatan dalam liputan perubatan sukan /‘medical coverage in sports’ yang berkaitan.
Misi Unit Penjagaan Luka adalah memberi penilaian yang cekap, cadangan dan perawatan penjagaan luka yang tepat and meyeluruh kepada semua pesakit pesakit supaya mereka mencapai tahap penyembuhan yang maksimum agar mereka boleh memperbaiki kualiti hidup sendiri, ahli keluarga dan masyarakat secara umumnya.
| SOP | Polisi Wound Care |JADUAL KLINIK PAKAR & PERINCIAN PERKHIDMATAN
|
Hari |
Masa |
Klinik |
Specialists In-Charge |
|
Isnin |
8.00 pg – 1.00 tgh |
Sports Surgery Clinic |
Mr Tan LH / Mr Darul / Dr Khairullina / Dr Lim ZL Mr Sazali (Visiting Specialist) Mr Afif / Ms Nadiah Ms Kamariah / Mr Jeremy / Ms Azuatul / Mr Anas |
|
2.00 ptg – 5.00 ptg |
Diabetic Foot Clinic |
Dr Lee |
|
|
Selasa |
8.00 pg - 1.00 ptg |
Arthroplasty Clinic |
Mr Jacob / Mr Ariff / Mr Nawawi |
|
2:00 ptg – 5:00 ptg |
Athlete Clinic |
Dr Khairullina / Dr Lim ZL |
|
|
Rabu |
8.00 pg – 1.00 tgh |
Paediatric Orthopaedics Clinic |
Ms Kamariah / Mr Jeremy / Ms Azuatul / Mr Anas |
|
2:00 ptg – 5:00 ptg |
Sports and Exercise Medicine Clinic |
Dr Khairullina / Dr Lim ZL |
|
|
Khamis |
8.00 pg – 1.00 tgh |
Spine Clinic |
Mr Marazuki / Ms Bong / Mr Gan JT |
|
2:00 ptg – 5:00 ptg |
Trauma Clinic |
Specialists and Medical Officers |
|
|
Jumaat |
8.00 pg – 12.15 tgh |
Trauma Clinic |
Specialists and Medical Officers |
*Visiting clinics, bergantung kepada jadual yang ditetapkan
**Pesakit hendaklah membuat pendaftaran di kaunter klinik Ortopedik paling awal 30 minit sebelum masa temu-janji untuk mengelakkan masalah kesesakan. Sila patuhi masa temu-janji anda.
***Sebarang urusan pertukaran tarikh/masa temu-janji melalui panggilan telefon hendaklah dibuat hanya pada hari bekerja antara jam 2:30 hingga 4:30 petang sahaja.
|
Hari/Masa |
Isnin |
Selasa |
Rabu |
Khamis |
Jumaat |
|
PAGI |
MPO Pembedahan Trauma Rondaan Wad |
MPO Pembedahan Trauma Pembedahan ‘Daycare’ Rondaan Wad |
MPO Pembedahan Trauma Rondaan Wad |
MPO Pembedahan Trauma Pembedahan ‘Daycare’ Rondaan Wad |
MPO CME Jabatan Pembedahan Trauma Rondaan Wad |
|
PETANG |
Pembedahan Trauma dan Elektif Klinik Ortopedik* Rondaan Wad |
Pembedahan Trauma Pembedahan ‘Daycare’ Klinik Ortopedik* Rondaan Wad |
Pembedahan Trauma Klinik Ortopedik* Rondaan Wad |
Pembedahan Trauma Pembedahan ‘Daycare’ Klinik Ortopedik Rondaan Wad Census Jabatan |
Pembedahan Trauma Klinik Ortopedik* Rondaan Wad |
MPO – ‘Morning Pass-over’
*sila rujuk Jadual Klinik Pakar Ortopedik HTAA untuk perincian klinik
**Pembedahan trauma akan dilakukan setiap hari. Pembedahan elektif Sabtu adalah mengikut jadual
INFORMASI PESAKIT JABATAN ORTOPEDIK HTAA
PESAKIT YANG HADIR UNTUK TEMUJANJI DI KLINIK ORTOPEDIK:
- Hadir sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji yang telah diberikan
- Pesakit berumur bawah 18 tahun hendaklah ditemani oleh ibu bapa atau penjag bagi tujuan penerangan rawatan.
- Pertukaran tarikh temujanji melalui panggilan telefon hendaklah dibuat pada hari bekerja antara jam 2:30 petang hingga 4:30 petang sahaja.
- Sila bawa bersama semua dokumen berkaitan (contohnya: surat, borang dan sebagainya) serta filem x-ray / radiologi jika ada yang diperlukan.
PESAKIT YANG AKAN MENJALANI PEMBEDAHAN:
- Menjawab panggilan telefon dari pihak hospital bagi tujuan:
- Pengesahan keadaan kesihatan pesakit
- Pengesahan kemasukan ke wad dan hal-hal berkaitan
- Pengesahan tarikh pembedahan dan pemakluman jika ada perubahan
- Hadir / masuk ke wad sebelum jam 12 tengah hari, iaitu 1 – 2 hari sebelum tarikh pembedahan.
- Dilarang merokok atau menggunakan vape dalam tempoh sekurang-kurangnnya 24 jam (sebaiknya seminggu) sebelum pembedahan dan sepanjang berada di wad.
- Pesakit bawah umur 18 tahun mesti ditemani ibu bapa atau penjaga untuk tujuan penerngan dan pengisian borang kebenaran pembedahan