Jabatan ORL merupakan pusat rujukan utama (tertiary) di Pahang bagi penyakit berkaitan ORL kepala dan leher. Sentiasa menyedaiakan dan melahirkan tenaga pakar yang berwibawa, inovatif, dinamik, pro aktif dan berkualiti dalam bidang ORL.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidamtan terkini untuk penyakit yang berkaitan telinga, hidung dan tekak serta kepala dan leher sejajar dengan perkhidamtan teknologi terkini.
Menyediakan perkhidamtan kepakaran yang bermutu tinggi dan memuaskan untuk pesakit yang berurusan dengan jabatan.
Mencegah kompilasi penyakit yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak serta bekerjasama dengan jabatan lain.
Menyediakan perhidmatan rehabilitasi pendengaran dan pertuturan.
VISI
Menyediakan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan Otorinolaringologi dalam komuniti dengan menerapkan ilmu pengetahuan dan teknologi terkini.
MISI
Jabatan Otorinolaringologi sebagai jabatan yang memberi perkhidmatan kepakaran yang cekap dan berdedikasi berteraskan etika kerja yang murni dan menepati kehendak pesakit.
PIAGAM PELANGGAN
Setiap kes baru akan di daftarkan dalam masa 10 hingga 15 minit. (bergantung kepada dokumen lengkap)
Setiap pesakit akan menunggu untuk berjumpa doktor tidak melebihi 30 minit dari masa temujanji yang ditetapkan.
Setiap pesakit akan menerima rawatan dari 30 hingga 60 minit. (bergantung kepada prosedur yang dilakukan)
Urusan temujanji berikutnya diberikan dalam masa 10 minit. (jika ada).