Unit Audiologi menyediakan pemeriksaan pendengaran secara komprehensif dalam mengesan dan mendiagnosis anomali sistem pendengaran dan memberi rawatan kefungsian masalah pendengaran. Di samping itu, langkah-langkah pencegahan masalah pendengaran juga dijalankan sejak dari awal bagi mengesan masalah pendengaran. Antara aspek penting dalam perkhidmatan pendengaran adalah penjagaan, pemulihan, terapi dan rehabilitasi pendengaran.
Memastikan kesihatan pendengaran berkualiti dengan perkhidmatan yang komprehensif dan efisyen bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat
Menyediakan sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan pendengaran dengan pelaksanaan, pengesanan dan intervensi awal masalah pendengaran di kalangan masyarakat serta meningkatkan kualiti perkhidamtan audiologi dengan menerapkan ilmu dan teknologi terkini.
-
Setiap pesakit akan diberikan layanan yang profesional dan cekap.
-
Setiap pesakit akan diberikan layanan yang cepat, penyayang dan mesra tanpa mengira umur, jantina, latar belakang serta taraf sosio-ekonomi.
-
Setiap pesakit akan menunggu untuk rawatan tidak melebihi 30 minit.
-
Setiap temujanji pesakit baru tidak akan melebihi 8 minggu.
-
Setiap pesakit boleh mendapat khidmat nasihat dan penerangan yang jelas mengenai perkhidmatan yang diberikan.
Unit Audiologi di ketua oleh seorang ketua unit dan 5 orang pegawai :
1. |
En. Wan Mohd Ashrul bin Wan Mahamad Lokman |
Pegawai Pemulihan perubatan (Audiologi) U44 |
2. |
Pn. Noor Izyani Binti Othman |
Pegawai Pemulihan perubatan (Audiologi) U44 |
3. |
Pn. Nurul Diyana Binti Suhaimi |
Pegawai Pemulihan perubatan (Audiologi) U44 |
4. |
Pn. Nik Amnah Binti Nik Mohd |
Pegawai Pemulihan perubatan (Audiologi) U44 |
5. |
Pn. Afifah Binti Mat Asin |
Pegawai Pemulihan perubatan (Audiologi) U41 |