Jabatan Perubatan Transfusi
DR SALMAN BIN MOHD SAHID, SMP.
Ketua Jabatan
MISI
-
Memastikan proses pendermaan darah yang selamat dan betul.
-
Melaksanakan ujian dan pemprosesan komponen darah berdasarkan prinsip amalan pengilang terbaik (GMP) serta menepati standard piawaian persijilan akreditasi yang berkaitan.
-
Membekalkan darah dan komponen darah yang berkualiti, berkesan dan selamat untuk kegunaan pesakit-pesakit yang memerlukan.
-
Menerapkan sifat profesionalilsma, penyayang dan kerja berpasukan di kalangan kakitangan organisasi bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan harmoni.
VISI
Komited untuk menjadi sebuah pusat perkhidmatan perubatan transfusi yang berkualiti, selamat dan diyakini di Negeri Pahang.
POLISI
Menyediakan garis panduan untuk perkhidmatan transfusi darah di Hospital Tengku Ampuan Afzan yang memenuhi keperluan hospital dan memastikan perlindungan maksimum untuk kesihatan dan keselamatan penderma darah, penerima darah dan kakitangan kesihatan.
OBJEKTIF
-
Meyediakan bekalan darah dan komponen darah yang selamat dan mencukupi untuk memenuhi keperluan hospital dan juga negeri.
-
Untuk memastikan penggunaan darah yang betul dan mempraktikkan proses transfusi yang selamat untuk memastikan keselamatan pesakit dan memastikan penggunaan sumber yang terhad ini dengan lebih efisien.
-
Untuk memastikan prosedur melibatkan transfusi darah yang berkualiti.
PERKHIDMATAN JABATAN
- Perkhidmatan Pembekalan Darah kepada hospital-hospital kerajaan dan swasta
- Perkhidmatan Kutipan Darah dan Saringan Darah Penderma.
- Ujian- Ujian yang ditawarkan:
- Ujian Kumpulan Darah dan Keserasian Darah (GXM)
- Identifikasi Antibodi
- Ujian Group, Screen and Hold (GSH)
- Ujian Coombs Test
- Siasatan Reaksi Transfusi
MAKLUMAT ASAS PENDERMA DARAH
ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA:
- Sihat tubuh badan. (tiada demam, batuk dan selsema)
- Berumur di antara 18-60 tahun (minimum umur adalah 17 tahun, namun memerlukan kebenaran daripada ibubapa/penjaga manakala maksima umur adalah 55 tahun bagi penderma kali pertama)
- Tahap hemoglobin ≥12.5g/dl (wanita) & ≥12.5g/dl (lelaki)
- Berat badan 45kg ke atas
- Cukup tidur. (minimum 5 jam yang berterusan)
- Telah makan dan minum sedikit sebelum menderma darah
- Tidak mengambil ubat antibiotik dalam masa 2 minggu yang lalu
- Pendermaan terakhir adalah 2-3 bulan yang lepas. (sekurang-kurangnya 8 minggu)
- Tekanan darah dalam julat normal
- Penangguhan 24 jam untuk rawatan gigi dan 7 hari untuk cabut gigi
- Penangguhan 3 bulan dari prosedur seperti berbekam, akupuntur, bertatu, bertindik, pembedahan kecil, ujian biopsi/diagnostik invasif/skop, dan pembedahan dental
- Penangguhan 6 bulan selepas pembedahan major dan menerima transfusi darah
- Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak ketika datang haid (3 hari pertama), tidak menyusukan anak secara eksklusif
- Tidak pernah terlibat dengan sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut, walaupun hanya SEKALI sahaja:
- Hubungan seks sesama jantina (homoseksual)
- Hubungan seks dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Hubungan seks dengan pekerja seks komersial/pelacur
- Bertukar-tukar pasangan seks
- Mempunyai pasangan seks baru, dalam tempoh kurang dari 6 bulan (termasuklah pasangan yang baru berkahwin)
- Mengambil dadah terlarang
- Menjadi pasangan seks kepada golongan di atas
PENERBITAN
Tarikh Kemaskini : 16 Oktober 2025