Jabatan Rekod Perubatan
-
09-557 2222 samb. 2946

PUAN NORHAYATI BINTI MOHAMED SARI
-
09-557 2222 samb. 2939
PENGENALAN
VISI
MISI
OBJEKTIF
-
Mengurus dan menyelenggara Rekod Perubatan Pesakit (RPP) dengan lebih efektif berdasarkan polisi dan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
-
Menyediakan data kesihatan yang berkualiti dengan tepat.
-
Menguruskan permohonan Laporan Perubatan (LP) dengan cekap serta mematuhi tempoh masa yang ditetapkan.
-
Menguruskan penubuhan Persidangan Lembaga Perubatan dengan cekap serta mematuhi tempoh masayang ditetapkan.
SKOP PERKHIDMATAN
-
Pengurusan RPP Menguruskan RPP bermula daripada sistem pendaftaran, pemfailan, pencarian, penyimpanan, penyelenggaraan sehingga proses pelupusan.
-
Pengurusan LP Menguruskan permohonan LP daripada pelbagai kategori pemohonan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak KKM.
-
Pengurusan Penubuhan Lembaga Perubatan Menguruskan Permohonan Persidangan Lembaga Perubatan melalui JKNP.
-
Pengurusan Statistik dan Perangkaan Menyediakan data statistik kesihatan berdasarkan standard yang ditetapkan oleh pihak KKM dan menyediakan laporan serta data-data berdasarkan keperluan pihak KKM, JKNP dan hospital dari semasa ke semasa.
-
Pengurusan Sistem Casemix (MalaysianDRG) Mengemaskini maklumat data demografik dan klinikal di dalam sistem serta menyemak, mengaudit dan menghasilkan laporan klinikal yang diperlukan.
PIAGAM PELANGGAN
Permohonan Laporan perubatan
- Anda akan dilayan dalam masa 10 minit setelah permohonan diterima
- Sekiranya permohonan lengkap, 85% laporan perubatan akan siap dalam tempoh 28 hari bekerja
- Istilah lengkap :
a) Telah mengisi borang pengakuan (Consent Letter)
b) Salinan resit bayaran
c) Salinan buku temujanji / discaj note / cuti sakit
d) Borang daripada Syarikat nsurans / Pejabat Buruh / KWSP / Sosco (jika berkaitan)
Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
Permintaan RPP untuk rawatan lanjutan akan dikesan dan dimaklumkan statusnya kepada pemohon dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima.
LAPORAN PERUBATAN / LAPORAN BEDAH SIASAT
Pesakit sendiri / Saudara terdekat / Agen Insurans / Peguam boleh memohon laporan perubatan dari Jabatan Rekod Perubatan, Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian HTAA atau menghantar permohonan melalui surat.
Pesakit sendiri / Saudara terdekat / Agen Insurans / Peguam mestilah membawa perkara
seperti berikut :-
- Borang Pemohonan (KKM/LP/1/2008)/ Surat Pemohonan.
- Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit/ waris bagi si mati (beserta dokumen hubungan dengan si mati).
- Salinan Kad Pengenalan Pesakit/ Kad Pengenalan Simati serta sijil kematian.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon/ waris.
- Salinan Kad Temujanji Klinik/ Nota Discaj/ lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan hospital.
- Borang berkaitan (Insurans/ KWSP/ Buruh 90/ PERKESO dan sebagainya)
- BAYARAN (sila rujuk Borang Permohonan).
- Senarai Semak Permohonan Lengkap Permohonan. (sila rujuk disini).
Tempoh penyediaan laporan perubatan adalah 28 hari bekerja (tidak termasuk Laporan Ringkas Pakar, Pakar Terperinci dan Laporan Bedah Siasat)
DIREKTORI JABATAN
No. | Bahagian | No.Ext |
1. | Ketua Jabatan | 2937 |
2. | Pentadbiran | 2946 |
3. | Lembaga Perubatan | 2943 |
4. | Ketua Unit Casemix | |
5. | Ketua Unit Statistik (Pesakit Luar) |
2938 |
6. | Ketua Unit Statistik (Pesakit Dalam) |
|
7. | Ketua Unit Pengurusan Rekod Perubatan | |
8. | Pinjaman RPP Ad-hoc | 2939 |
9. | Ketua Unit Laporan Perubatan | 2945 |
10. | Unit Laporan Perubatan | 2944 |
WAKTU OPERASI
Buka:-
Isnin - Khamis | 08.00 am – 01.00 pm & 02.00 pm - 05.00 pm
Jumaat | 08.00 am - 12.15 pm & 02.45 pm - 05.00 pm
Tutup:-
Isnin - Khamis | 01.00 pm – 02.00 pm
Jumaat | 12.15 pm - 02.45 pm
Sabtu – Ahad | Cuti Umum
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi :-
Jabatan Rekod Perubatan,
Aras 4, Bangunan ACC, Hospital Tengku Ampuan Afzan,
Kuantan, Pahang
Tel: 09-557 2222 samb. 2939
Tarikh Kemaskini : 4 Ogos 2025